Wikipedia Bahasa Poland
Wikipedia Bahasa Poland

Wikipedia Bahasa Poland

Wikipedia Bahasa Poland (Bahasa Poland: Wikipedia polskojęzyczna) merupakan edisi Bahasa Poland Wikipedia, Wikipedia yang ke-9, dimulakan pada 26 September 2001. Pada Julai 2007, Wikipedia Bahasa Poland mempunyai lebih daripada 420,000 buah rencana dan merupakan Wikipedia keempat terbesar selepas Wikipedia Bahasa Inggeris, Wikipedia Bahasa Jerman, dan Wikipedia Bahasa Perancis), serta edisi yang terbesar dalam bahasa-bahasa Slavik.Wikipedia Bahasa Poland ini pada asalnya wujud sebagai sebuah projek yang tersendiri dengan domain wiki.rozeta.com.pl. Atas cadangan para pengasas Wikipedia Bahasa Inggeris, tapak web ini menyertai Wikipedia sebagai http://pl.wikipedia.com pada 12 Januari 2002 dan selepas itu http://pl.wikipedia.org pada 22 November. Wikipedia Bahasa Poland ini juga mempunyai domain tersendiri iaitu www.wikipedia.pl yang melencong ke pl.wikipedia.org.Pepatah kata "Wikipedia, ensiklopedia bebas" dalam Bahasa Poland ialah Wikipedia, wolna encyklopedia, disebut /vʲikʲiˈpɛdʲa ˈvɔlna ɛntsɨklɔˈpɛdʲa/.